Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang
26 November 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 25 November 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada kali ini adalah pertandingan mewarna menggunakan Paint, pertandingan selfie, pertandingan menaip, permainan KDB dan aktiviti sukaneka. Aktiviti ini disertai oleh peserta dari kalangan penduduk setempat dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tujuan aktiviti seperti ini diadakan adalah untuk menarik minat penduduk setempat supaya lebih kerap datang ke Pusat Internet 1 Malaysia. Aktiviti seperti ini mampu untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia yang bukan hanya sekadar tertumpu kepada pembelajaran ICT tetapi juga sebagai pusat komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: